Yusuf dimasukkan ke dalam penjara bukan kerana ia telah melakukan kesilapan dan kejahatan,
tetapi kerana sewenag-wenang penguasa yang memenjarakan untuk menutupi dosanya sendiri dengan menempelkan dosa itu kepada orang yang dipenjarakan. akan tetapi bagi Nabi Yusuf,penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumusnya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar. bagi Yusuf, hidup di dalam sebuah penjara yang gelap dan sempit, di menggerak badanya dan pandangan matanya dibatasi adalah lebih baik dan lebih disukai daripada hidup di alam bebas di mana jiwnya tertekan dan hatinya tidak berasa aman dan tenteram. di dalam penjara, Yusuf dapat membulatkan fikiran dan jimangan beribadah dan menyembah kepada Allah SWT.di samping itu, ia dapat melakukan dakwah di dalam penjara. memberi bimbingan dan nasihat kepada pesalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan